🔵
Professional Technologist (PTech) adalah individu yang diperakukan secara professional oleh Malaysian Board of Technologies (MBOT) melalui Technologist and Technicians Act 2015 memberikan khidmat teknologi (technology services) kepada bidang-bidang tertentu.
Sama juga sepertimana seorang Professional Engineer (PEng atau gelarannya Ir.) yang diperakukan oleh Board of Engineers Malaysia (BEM) untuk memberikan khidmat Kejuruteraan dalam bidang-bidang tertentu yang diperakukan.
Perakuan PTech atau Ts. secara relatifnya adalah baru diwujudkan iaitu pada 2015 di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).
🔵
Malaysia sedang memacu ke arah menjadi negara maju dan telah dikenalpasti bahawa antara factor kejayaan cita-cita ini adalah mempunyai sumber manusia / tenaga kerja yang mahir dalam bidang teknologi dan teknikal (berkaitan dengan Certified Technician, CTech yang akan dihuraikan dalam artikel yang lain pula). Adalah menjadi keperluan untuk memastikan tenaga kerja dalam bidang industri teknologi yang terkini sebagai contoh manufacturing, automation, internet-of-things, cyberphysical dan lain-lain, mempunyai perakuan dan pengiktirafan demi memastikan kualiti yang berterusan [1]
Melihat contoh kepada PEng dalam bidang perkhidmatan Kejuruteraan, pada masa akan datang, kemungkinan besar hanya tenaga kerja berkaitan bidang teknologi yang diperakukan (iaitu PTech) akan diberikan keutamaan dalam sektor industry negara. Oleh itu, adalah penting untuk menyediakan diri mulai daripada sekarang untuk kekal relevan dalam industry di Malaysia untuk masa akan datang.
🔵
3.1. Mendaftar sebagai Graduate Technologist sejurus selepas memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi. Perincian yuran adalah seperti berikut; Yuran Pemprosesan (RM40) + Yuran Pendaftaran (RM10) = RM50. Selepas lulus, anda akan menerima sijil perakuan pendaftaran sebagai Graduate Technologist.
3.2. Sebagai Graduate Technologist, selepas cukup syarat pengalaman kerja selama 3 tahun dalam bidang yang berkaitan, anda boleh memohon untuk menduduki Professional Assessment. Buat masa sekarang, Professional Assessment untuk menilai kelayakan dan pengalaman kerja ini adalah hanya dalam bentuk interview. MBOT belum lagi mensyaratkan calon untuk menduduki peperiksaan bertulis ataupun menghantar laporan pengalaman dan teknikal (sepertimana BEM kuatkuasakan untuk PEng.). Yuran untuk menduduki Professional Assessment adalah sebanyak RM600.
3.3. Setelah lulus daripada Professional Assessment (Interview), keputusan perlu diperakukan oleh MBOT dan setelah mendapat perakuan daripada MBOT, anda perlu membayar yuran pendaftaran sebagai PTech. Yuran Pemprosesan (RM50) + Yuran Pendaftaran PTech (RM300). Setelah bayaran diterima, MBOT akan mengeluarkan sijil perakuan pendaftaran sebagai PTech, maka bermula tarikh ini, anda sah diperakukan sebagai Professional Technologist dan boleh mula memakai gelaran Ts. pada pangkal nama. Untuk tujuan renewal pada setiap tahun, yuran yang perlu dibayar adalah sebanyak RM200 / setiap tahun.
3.4. Jumlah yuran yang perlu dibayar daripada awal proses sehinggalah bergelar PTech (tidak termasuk yuran renewal) adalah sebanyak RM1,000.
🔵
4.1. Bagi calon bidang kejuruteraan: Apakah beza Engineering dan Engineering Technology? [2]
Engineering menggunakan knowledge dalam mathematics dan natural sciences to develop ways for the benefit of mankind. Meliputi conception, design, development dan formulation. Lebih fundamental.
Engineering Technology (EngTech) pula adalah berasaskan kepada kemahiran Problem Solving, Laboratories dan Technical Skills. EngTech adalah berbentuk application oriented dalam industri, seperti contoh; manufacturing, field services, technical sales dan lain-lain, kurang theoretical dan mathematical oriented. EngTech akan banyak terlibat dalam product development dan manufacturing. EngTech juga mengaplikasikan engineering and scientific knowledge combined with technical skills untuk memberi sokongan kepada engineering activities.
4.2. Apakah akta dan peraturan yang berkaitan dengan Professional Technologist?
Akta yang berkaitan dengan PTech ialah Technologist and Technicians Act 2015 [3], sebuah akta yang dikuatkuasakan pada tahun 2015 yang menjelaskan tentang peranan MBOT (fungsi, bidang kuasa, keahlian dan lain-lain), tentang pendaftaran PTech dan juga Certified Technicians (CTech), kelayakan / entitlement PTech dan CTech, dan lain-lain perihal perakuan pendaftaran.
Peraturan yang berkaitan dengan PTech ialah Technologists and Technicians (Fees) Regulations 2017, yang mengandungi peraturan pembayaran yuran / fi untuk pendaftaran berkaitan PTech dan CTech.
4.3. Apakah Code of Ethics untuk seorang PTech atau CTech?
MBOT telah mengeluarkan sebuah dokumen yang bertajuk “MBOT Code of Ethics for Technologists and Technicians”[4] yang menerangkan tentang Code of Ethics bagi seorang PTech / CTech. Sekiranya didapati ada PTech / CTech yang berdaftar tetapi tidak mematuhi Code of Ethics ini, mereka boleh dikenakan tindakan berdasarkan kepada Section 27(1) dalam Technologists and Technicians Act 2015.
Secara ringkasnya, ada 6 Code of Ethics yang digariskan iaitu; Professionalism, Integrity, Competence, Diligence, Benevolence, Strive to Perform.
4.4. Terangkan tentang pengalaman anda menggunakan teknologi dalam kerjaya anda selama ini.
Untuk menjawab soalan ini, calon perlu lah menceritakan dengan terperinci apa jenis teknologi yang digunakan, apakah aplikasi teknologi yang digunakan, dan apakah manfaat daripada mengaplikasikan teknologi tersebut (penjimatan masa, kos dan lain-lain). Calon juga boleh berkongsi apakah masalah yang dihadapi semasa menggunakan teknologi tersebut, dan bagaimanakah calon menyelesaikannya dalam kerangka kemahiran seorang yang mahir menggunakan teknologi tersebut.
Semasa interview saya, saya telah berikan 3 contoh yang berkaitan dengan kerjaya saya iaitu penggunaan Wind Tunnel untuk aerodynamics measurements, menggunakan mesin 3D Printer untuk menghasilkan nozzle bagi sebuah projek consultation dengan industri, dan terakhir menggunakan 3D Printer juga untuk menghasilkan faceshield untuk membantu frontliner semasa COVID19.
4.5. Kenapa anda berminat untuk mendaftar sebagai PTech?
Sebagai seorang pensyarah, berikut adalah jawapan yang saya sediakan.
Tugas sebagai seorang pensyarah tidak dapat lari daripada menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak tugas pensyarah seperti mengajar, membuat penyelidikan, menulis journal, membuat projek consultation dan lain-lain. Jadi dengan mengaplikasikan teknologi yang sedia ada, segala kerja dan tugasan dapat dibuat dengan sempurna dan berkesan, pada masa yang sama menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit. Oleh sebab itu, sebagai seorang pengguna teknologi secara berleluasa, pengiktirafan sebagai PTech adalah sangat bermakna.
Antara tugas seorang pensyarah juga ialah menyediakan dan equipping the future workforce of the nation (para mahasiswa) untuk menjadi technologically aware dan juga berminat dengan teknologi. Prospek pekerjaan masa depan adalah sangat dynamic dan pada masa hadapan, pelbagai teknologi akan diperkenalkan bagi menggantikan peranan manusia. Jadi mereka perlu menyediakan diri bermula daripada university lagi supaya dapat menyumbang kepada masa depan negara. Maka, amat pentinglah pensyarah itu sendiri menjadi PTech, supaya dapat memahami dengan mendalam tentang keperluan teknologi masa depan, sebelum diterapkan kepada para mahasiswa.
🔵
Interview Professional Assessment PTech saya berlangsung pada bulan Mei 2020, dan berlangsung selama 25 minit menerusi Skype (online). Ada 2 orang panel interview, seorang pensyarah universiti, dan seorang lagi ialah panel daripada industry. Kedua-dua mereka adalah daripada bidang teknologi yang sama dengan saya dan kedua-dua mereka juga adalah PTech. Medium untuk interview adalah dalam Bahasa Inggeris (English).
Antara soalan yang ditanya:
⁉️ 1. Tell me about yourself - Cerita tentang latar belakang Pendidikan dan latar belakang karier.
⁉️ 2. Why would you like to register as a PTech? - saya jawab seperti point 4.5 di atas.
⁉️ 3. Explain the Act & Regulation related to PTech – saya jawab seperti point 4.2 di atas
⁉️ 4. As a lecturer, tell me about your experience involved in projects with the industry – saya jawab seperti point 4.4.
⁉️ 5. Explain about a product development that you personally experienced from Day 1 until commercialization – spontan bagi jawapan salah satu projek dalam lab sekarang
⁉️ 6. What is the total CPD hours for a PTech to maintain every year? – 30 hours per year.
⁉️ 7. Let say, for a product you developed, how would you design the maintenance scheduling or servicing of the product
⁉️ 8. How can you see yourself collaborating with industries in your current carrier?
⁉️9. How many publications that you have so far and how many as first author?
⁉️ 10. How many research grants that you currently have and what is the total amount?
Diharapkan dengan perkongsian ini akan memberi sedikit sebanyak kefahaman kepada orang ramai tentang peranan dan kepentingan PTech dan seterusnya memberi galakkan kepada lebih ramai untuk memohon.
Sekian, terima kasih.
Ir. Ts. Dr. Mohd Rashdan Saad
Professional Engineer (PEng)
Professional Technologist (PTech)
📚Rujukan:
[1] https://www.mbot.org.my/about-us/mbot/
[2] https://century.custhelp.com/…/d…/a_id/220/~/the-difference-
[3] https://www.mbot.org.my/act-regulation/act-regulation/
[4] https://www.mbot.org.my/act-regulation/code-of-ethic/
Nota Tambahan: Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 2 orang sahabat saya yang banyak membantu saya untuk persediaan interview PTech haritu iaitu Ir. Ts. Kamal Haziq dan Ts. Dr. Azani Yahya